bismillahirrahmanirrahim ..
dah abeh baca buku nh dan mcm biasa , aku suka nak share ilmu ngn kita-kita dan kita dan kita semua .. heheh . :)
tanda dan tulih :
dosa-2 yg kita lakukan pd Allah mudah diampunkan tetapi dosa-2 kita pada manusia hanya diampunkan selepas mendapat kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa padanya .
sekiranya kita pernah menzalimi manusia , kita mesti mendapatkan kemaafan daripada mereka yg kita zalimi bg mndapat keampunan Tuhan . sekiranya tidak , d akhirat kelak mereka datang mengadu pada Tuhan mengenai kezaliman yang kita lakukan padanya .
di sisi Tuhan , manusia itu sama sahaja kecuali yg bertakwa . pemimpin yg tidak bertakwa dan mnderhaka kepada Tuhan tidak wajib dihormati .
sekiranya kita memusuhi pemimpin yang zalim , maka kezalimannya akan bertambah .
Tuhan hanya mengampunkan dosa-2 mereka yang suka memaafkan kesalahan hambaNya . Tuhan hanya menyanyangi hamba-Nya yg pengasih , penyanyang , penyantun , dan bersikap lemah lembut pd makhlukNya .
Sesungguhnya hanya Tuhan yg boleh menyelamatkan kita d dunia dan d akhirat . lakukan keadilan dan kebaikan kerana itu boleh menyelamatkan kita d dunia dn d akhirat .
bertakwalah kpd Tuhan kerana ketakwaan itu lebih penting daripada segalanya . beramallah kamu utk akhiratmu nescaya Tuhan menyelesaikan urusan duniamu . perbaiki tingkah laku mu dikala sunyi , nescaya Tuhan perbaiki tingkah lakumu di hadapan umum . banyakkan mengingati mati dan buatlah persiapan menghadapinya , nescaya mncegah kamu hidup berfoya-2 mngikut nafsumu . sesiapa yg tidak mngingati saat kematiannya , nescaya dia mati dalam kehinaan .
Allah menyanyangi seseorang yg tahu darjat dirinya .
sesungguhnya mencaci keluarga Rasulullah sama seperti mencaci beliau .
Allah menjadikan agama Islam utk org yg diberiNya penghormatan bagi menganut agama yg diredhaiNya . Allah tidak menerima agama selain Islam seperti yg dijelaskanNya dalam Quran .
Apabila Tuhan sayang kepada seseorang , maka semua makhluk sayang kepadanya .
Nabi Muhammad saw berpesan supaya kita berpegang pada Quran dan hadis . sesiapa yang menolak salah satu drpdnya , maka kafirlah dia .
sembahyang itu tiang agama . mereka yg tidak sembahyang seperti meruntuhkan agama . sembahyang itu juga mencegah seseorang itu melakukan kejahatan . oleh itu , saya perintahkan gabenor dan hakim mesti bersembahyang . begitu juga dgn anggota tentera . malah banduan di dalam penjara juga diwajibkan sembahyang dgn harapan mereka berubah mnjadi baik . apabila pemerintah baik dan rakyat juga baik , maka terciptalah negara yang aman dan makmur serta dicucuri rahmat Tuhan .
tanpa adanya ibadah itu , rohani manusia mnjerit kelaparan kerana kekurangan sesuatu yg amat penting dlm kehidupannya . mereka yg setia dalam beribadah mpunyai rohani yg sihat dan hidupnya disinari kebahagiaan . kemudian terpancar melalui akhlaknya yang baik menurut nilai ibadah yg dilakukannya . sebaliknya mereka yg tidak mahu beribadah melahirkan akhlak yg buruk .
kebahagiaan hidup itu bukan terletak pd harta yg byk tetapi ketaatan beramal ibadah .
khalifah Allah di muka bumi ini ialah Nabi Daud sebagimana firman Allah di dalam Quran , " Hai Daud , sesungguhnya kami mnjadikan kamu khalifah di bumi ini ..... "
menahan diri daripada perasaan marah itu lebih besar pahalanya .
syarat menjadi negara makmur itu ada 4 iaitu pemimpin yg adil , kebijaksanaan kaum cendekiawan , doa-2 org alim , dan kekuatan angkatan tentera .
syurga itu dperuntukkan bg org yg tidak menginginkan kemegahan di muka bumi ini dan tidak pula berbuat kerosakan . kemenangan itu bg org yg bertakwa .
aku suka baca yg bab percubaan mencuri jasad Rasulullah saw yg dilakukan oleh org kafir yg mnyamar jadik org-2 yg soleh . depa nak curik jasad Rasulullah saw sbb nk menjatuhkan maruah umat islam . tp ape2 pun , Allah memelihara kekasihNya . nak tahu lbeh lanjut , try baca .. best . :)