** versi edited sebab tersalah ejaan , brr :P *
bismillahirrahmanirrahim .
#throwback .
melangkah masuk ke ward D6 , aku rasa macam hati aku kosong . no feelings anymore .
dicucuk 3 kali utk ambil darah , and dicucuk utk buat saluran masuk antibiotik , masih lg takde rasa apa-2 .
didatangi hampir 9 doctor , 2 pharmacist , *utk sepanjang 8 hari di ward* masa tuh hati aku dah terdetik "okay , aku kne kuat" .
diminta tandatangan untuk operation kecil yg doctor akan buat , hati mula rasa takut . takut untuk rasa sakit . tapi , aku tandatangan jugak .
dalam ward , memang takde yang teman aku , and aku pun tana susahkan mak aku untuk teman aku , sbb mereka yang dirumah perlukan mak aku untuk sahur dll . lagipun aku kan dah besar , aku boleh survive , Allah jaga aku . Allah ade disetiap kesakitan yang aku rasa .
*senyap*
hari kedua dalam ward , dimana proses untuk mengambil air dalam paru-2 aku bermula . air tuh akan dijadikan sample untuk dibawa ke makmal , untuk tengok jenis kuman apa yang membiak dalam paru-2 aku .
selalunya kalo paru-2 berair , ada dua kemungkinan sama ada jangkitan kuman biasa yang disebut pneumonia ataw jangkitan kuman TiBi .
masa proses nak ambil air dalam paru-2 aku , ade dalam 3-4 orang doctor , yang kesemuanya lelaki , yang handle buat benda nh . dan sorang nurse yang tolong .
mulanya dorang scan nak tengok kawasan paru-2 yang ada air , buat tanda dan akhirnya .....
yaa , masa doctor bius and mula cucuk sampai ke dalam paru-2 aku nh , Allah je tahu betapa sakitnya aku kena tahan masa tuh . hanya air mata yang berduyun-2 membasahi muka and bantal . memang sakit sangat sebab doctor cucuk 2 kali , ditekan-2 nya pulak masa dah sampai ke kawasan paru-2 tuh utk amik air tuuu .
dah habes proses tuh , doctor lain pulak datang nak amik darah . dan lepas tuh , sorang lg nurse datang nak masukkan antibiotik dalam badan . itu antibiotik yang ke 3 kalo tak silap ak , dan semestinya , dos antibiotik yang ke3 and seterusnya , akan jadi sakit sgt bila masuk dalam saluran urat badan .
habis 3 proses dalam masa kurang 20 minit tuh , hati jadik sebak sangat . sebab Allah masih bagi aku kekuatan untuk terus tersenyum . dan Allah bagi aku kekuatan untuk terus sujud padaNya walau kadang-2 terasa sakit pada saluran masuk antibiotik . *sebab hampir 90% orang yang sakit dalam ward tuh tak solat* .
*dan sampai hari nh jumaat 25july , aku still rasa sakit akibat kne cucuk utk ambil sample air dalam paru-2*
hari ke 5 dalam ward , doctor pakar yang akan handle untuk case aku datang jengah aku . katanya aku boleh balik kalo air dalam paru-2 dah surut . so nurse bawak aku pergi xray untuk kali yang ke berapa tah , lastly doctor pakar tuh kata air macam bertambah dalam paru-2 . *ikut pada perbandingan yang dia buat pada xray-2 aku sebelum nh* .
sekali lagi aku diminta tandatangan untuk buat pleuroscopy . doctor kata , pleuroscopy yang akan dijalankan nnti , doctor akan tebuk paru-2 aku untuk masukkan camera , kalo air banyak dalam badan , dorang akan buang air tuh melalui tebukan yang dibuat . sampai air yang keluar dari paru-2 mencecah 100cc , doctor akan keluarkan alat tuh n jahit kawasan tebuk tuh . aku taktaw nama alat tuh , tp menggerikan lah aku tengok , macam batang besi pun ade .
masa dah tandatangan tuh , memang aku termenung panjang . kepada Allah aku mintak segala-2 kekuatan , sebab aku lemah sangat . aku takut sangat . sebab doctor kata , sepanjang operation tuh , risiko yang akan dihadapi adalah jantung akan terhenti ataw sesak nafas . tapi aku percaya , takdir dan kekuasaan Allah tade sape yang boleh halang . hidup mati semua Allah dah tentukan .
hari ke 8 di ward , dimana hari tuh aku kne operate . masa nurse suruh pakai baju putih n pakai penutup kepala tuh , nurse letak tangki oxygen yang besar gedabak kat sebelah aku , and alatan-2 yg diperlukan untuk proses operate tuh , aku takde rasa takut sikit pun . sungguh , Allah bagi aku kekuatan untuk tak rasa takut , tak rasa nak nages , tak fikir negatif . disorong atas katil oleh nurse and parents aku , masa tuh aku malu , sebab ade ramai yang tengok . ahaa , tutup muka , diam .
dah sampai ke bilik jantung , di masa proses untuk operation bermula , masa tuh ade sikit rasa takut sebab tengok machine-2 dan segala macam jenis peralatan yang dorang akan guna . doctor pakar yang handle surgery aku tuh aku tengok terkumat kamit baca sesuatu even her religion is non-islam .
bila lampu dalam bilik tuh ditutup dan semuanya dah get ready , and doctor pakar tuh dah duduk sisi aku di bantu nurse , semangat dan kekuatan tuh datang balek . first , doctor scan untuk cari area yang ade fluids dalam right lung aku . lama proses tuh , aku pun tak faham apa yang dia cakap , sebab dalam bahasa medic kan ..
dan akhirnya , doctor pakar tuh kata , operation takbole diteruskan sebab air dalam paru-2 terlalu sedikit . doctor takbole nak tebuk dan buat cara yang doctor rancang . Alhamdulillah ya rabbal alamin . masa tuh aku dah tersenyum , sebab takperlu nak lalui semua tuh walaupun masa operation tuh aku akan diberi ubat tidur .
dan dengan tersenyum , doctor pakar tuh kata aku boleh discharged ward hari tuh jugak . hehehe , seronok , rasa macam nak melompat dalam bilik jantung tuh , tapi tahan hatii . wuuuu
sepanjang 8 hari dalam ward , sedih aku sorang-2 . nages aku sorang-2 . rasa sakit aku sorang yang tanggung rasa . tapi gembira aku beramai-2 . aku tahu , Allah rindu nak dengar rintihan hati aku yang mengaharap padaNya , tuh sebab Dia bagi aku lalui semua nh . Dia tanak aku lupakan Dia . Dia sayangkan aku , Dia jaga aku lebih dari sesiapapun . Dia Allah yang Esa .
*sebak*
dalam masa 2 minggu lagi , aku perlu check up lagi , masa tuh ujian xray akan dibuat lg untuk tengok keadaan air dalam paru-2 aku . if kuman TiBi , air dalam paru-2 tuh akan bertambah , tapi kalo kuman biasa , air tuh akan kering dan kuman akan mati dalam jangka masa 6 minggu dengan makan ubat . tapi ikut pada jangkaan doctor pakar yang handle case aku , kemungkinan kuman biasa jaa yang ada dalam paru-2 sebab keadaan diri aku takde tanda-2 yang menunjukkan aku kne TiBi .
dan dalam masa 2 minggu nh , kalo air dalam paru-2 bertambah , doctor akan buat operation tebuk-2 tuh . hopefully , air dalam paru-2 tak bertambah dan kering sepenuhnya !!! *aamiin*
sepanjang sakit nh , baru aku tahu terlalu ramai yang caring tentang keadaan aku , terlalu ramai yang doakan aku .
dan maaf seribu kali maaf pada yang terasa hati sebab aku tak bagitahu sakit aku kat dorang . memula ramai yang taktahu , hanya ade 2-3 orang je yang tahu pasal aku masuk ward , pasal sakit aku . yang buatkan ramai orang tahu bila adek aku post kat fb dia pasal aku *masa tuh memang aku geram sgt kat dia, aku tana org taw especially keluarga belah mak ayah aku sebab tana susahkan dorang untuk datang melawat aku* . lastly bila dah ramai yang taw , nahhh ambekkk , tokwan ngn atok aku punyalah risau pasal aku , sekali ngn mak-2 sedara , ayah sedara aku pakat semua duk pikir pasal aku . sahabat-2 aku yag tahu psal nh smpai ade yang nages , yang takleh focus kat tempat kerja sebab fikir pasal aku . habes semua laa yang kawan-2 aku , tak kira la kawan matrik kawan skola , semua pakat tanya pasal aku .
terlalu kerap aku kata pada mereka-2 yang risau sangat nh , yang sakit aku nh sikit je dibandingkan dengan orang lain . jangan laa risau sangat . takde ap yang akan berlaku tanpa izin dari Allah . dan terima kasih yang sudi mendoakan aku , yang ziarah aku . really appreciate sebab dorang bagi aku lupa pasal sakit yang aku rasa , sedih yang aku tanggung .
keluar dari ward , tak bermakna aku sembuh sihat sepenuhnya . but i will pretend to others yang aku dah sihat wal afiat . :) terkadang , berpura-2 utk sihat itu perlu untuk menyakinkan aku yang aku akan sihat macam dulu .
p/s : kekuatan itu datang dari semangat yang tak mudah berputus asa .