Blog Archive

22 Sept 2014

lets touched this miracle .

bismillahirrahmanirrahim ..





sebelum mulakan entry , nak sangat aku cakap , ini adalah sejuta rahmat pemberian Allah untuk hamba yang sangat hina nih ..


22 sept 2014 , jm 9.30 pagi , Hospital Pulau Pinang .

appointment dengan pakar bahagian pembedahan cardiothoraxic pagi nih , DR taktahu nama *hehe* terangkan tentang pembedahan . dan daripada CECT scan n Xray aku tuh , memang dia kata most probably kena buat surgery . sbb dalam laporan dari Hosp Taiping , kemungkinan ada nanah dalam paru-2 aku hasil dari CECT scan . dan doctor pakar kat sini assume sbg nanah sebelum nak buat surgery , tapi boleh jadi ianya bukan nanah , so untuk betul-2 pastikan apa , kena buat surgery , dan kemungkinan paru-2 aku akan dibuang sedikit . side effect dari situ , aku takkan bole active macam dulu lg . dan risiko utk surgery nih mmg tinggi , dan doktor pakar takkan bagi apa-2 harapan pada aku and parents . mereka cuma akan buat sedaya mungkin yang lain hnya Allah yang tentukan .

so , bila doctor pakar pembedahan sendiri yang kata macam tuh , aku releks jee . sebab aku dah sedia dari awal untuk sebarang kemungkinan . so , sebelum doctor pakar nak buat appointment utk surgery , dia suruh untuk buat lagi sekali ujian xray . dan pd sblah petang pulak , akan ad disscussion lg sebelum tandatangan untuk surgery ..


jam 2.30 ptg , Hospital Pulau Pinang .


kali nih ada dua orang doctor pakar pembedahan yang aku jumpa . whatt a supriseeeeeeeee !! guess whatttt ? ahaaaa , meh aku cerita . doctor pakar yang bg explanation pasal surgery pagi td , terangkan ttg compared xray yg latest dengan yang bulan ogos punya . Allahukbar , SubhanAllah , terkedu aku bila doktor pakar sendiri yang kata , right lung aku makin berkembang n akan makin membaik sebab kawasan putih yang ada pada right lung tuh makin mengecil . memang aku n parents yang tengok perbandingan xray tuh mmg betul nmpk terlalu byk perubahan . eventhough masih ada lagi yang dikatakan nanah pada bahagian putih tuh but ianya boleh mati dengan antibiotik . subhanAllah . memang sangat jarang case macam nih berlaku dalam jarak waktu yang singkat and im the lucky one yang Allah pilih untuk rasai semua keajaiban nih . looks , kalau patient yang hidapi paru-2 berair nih , mmg mostly akan dibuat pleuroscopy or akan kena operation . tetapi aku ? Allahuakbar , again , syukur sebabb condition right lung aku makin pulih dan dari pemerhatian mereka yang pakar nih , memang tkperlu buat surgery . sebab if buat surgery , akan lagi teruk keadaan aku . bak kata mereka yang pakar "benda yang makin nak pulih , jangan kita kacau dia" . ehee .


cumanyaa , doctor pakar pesan , if aku ade demam n batuk dalam masa sebulan nh , myb dorang akan fikir untuk pembedahan but thennnnnn , aku harap berita gembira yng keadan aku makin pulih nih bukan terhenti takat sini . in shaa Allah .



sebelum balek td , doktor pakar pesan , kena byk exercise untuk bg paru-2 mengembang , kena hindarkan dari asap rokok , dan JANGAN ambil supplement yang disyorkan dalam iklan macam sebelum nih aku ambil supplement NDLife , n extra virgin olive oil . but then doctor pakar mmg tak galakkan utk ambil supplement tuh kecuali extra virgin olive oil , sebab supplement yg diiklankan nih kebanyakkankan tak buat penyelidikan bertahun-2 n side effect utk supplement nh mmg byk sgt cm cthnya diabetes , kidney rosak n others . tapi tgok jnis supplement jugak if nak ambil pun .. :)




serious , bila doctor pakar sendiri terangkan semuanya , aku lebih faham lagi berbanding yang doctor kat hspl taiping sendiri *sorry* , sebab dorang terangkan , sekali lukis lg gmbr paru-2 sambil dia terang tuhh . hahaahh . terima kasih Allah sebab bagi nikmat yang aku sendiri tak jangka . betullah , bila kita sabar dan redha , Allah akan beri lebih lagi . terima kasih Allah .




parents aku , mmg ofkos mereka lah yang paling paling gmbira bila doctor pakar ckp cmtuu . sebab aku tahu , selama nh dorang terlalu risau ngn keadaan aku . aku tahu , berkat dari doa mak ayah aku laa Allah pilih aku untuk sejuta nikmat nih . thanks pada semua yang mndoakan aku , yang selalu tnya condition aku , yang taktanya tapi kirimkan doa dari jauh , and semuanya laa , terima kasih . semoga Allah merahmati kalian . aamiin .


doakan aku lagi , supaya aku makin sihat dan pulih seperti biasa .


























im strong enough , yes i admit it . :')